Susah Ke Nak Borong Barang dari China?

Susah Ke Nak Borong Barang dari China


Ini soalan yang biasa ditanya dari orang yang baru nak belajar cara borong barang dari China?

Cara biasa yang boleh kita buat adalah kita boleh beli terus barang disana dengan harga yang sangat murah atau beli terus dari website.

Saya nak citer sikit mengenai sorang rakan saya ni...

Rakan saya ni mula mengimport produk dari China sejak tahun 2009 yang mana masa tu saya masih lagi student dan tak pernah pergi pun ke China. Semuanya dia lakukan hanya dengan carian di Internet sahaja.

Tahun 2012, baru dia berpeluang pergi sendiri kesana. Ini bermaknya, 3 tahun dia dah pun mula beli barang terus dari sana, tanpa pergi ke sana pun.

Ramai orang kata susah, tapi sebenarnya tak pun, sebab ada banyak tempat atau web yang kita mudah berkomunikasi atau mudah kita berurusan dengan mereka sebab ada yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk berurusan jual beli.

Tapi, kebanyakkan web berbahasa inggeris ini, harganya sedikit mahal kerana rata-rata mereka memang menjual untuk pasaran luar, jadi harga yang mereka letakkan memang harga jualan produk tersebut. Jadi, kena pandai-pandai tawarlah untuk dapat harga rendah atau borong.
Tapi sebenarnya, ada satu lubuk atau satu lubuk ni yang mana harga produk dalam tu jauh lebih rendah, kerana website tersebut asalkan diwujudkan untuk pasaran tempatan. Jadi, bila rakan saya pergi ke China 3 tahun lepas, dan dia lihat harga barangan yang dijual di dalam website tersebut SAMA dengan harga disana jika pergi sendiri.

Jadi, jika sekadar nak beli beli barang je, baik beli di web tersebut je berbanding pergi ke sana habis tiket beribu-ribu.Lainlah jika nak pergi sana nak lihat-lihat pasaran, nak cari idea, dan nak cari pengalaman.

Ok, website yang dimaksudkan adalah taobao.com. Tapi malangnya, website tersebut dalam bahasa cina, dan ada sedikit trik bagaimana kita di Malaysia boleh order terus dari website tersebut tanpa melalui agen atau tanpa faham bahasa cina pun.

Kaedah membeli di taobao.com ini ada diterangkan oleh rakan saya ni, Tuan Ismail Arsad dengan sangat details, step by step.. dari cara pendaftaran hingga cara pembelian dalam panduan ini --> CARA BORONG BARANG DARI CHINA
Bukan tu je, dalam panduan ini juga, anda akan belajar cara buat carian barangan untuk dapatkan barangan pada harga yang betul-betul murah, kerana ada beberapa TRIK dan TEKNIK yang dapat membantu anda untuk buat carian di website berbahasa cina ini.

Ini satu lagi topik penting yang anda akan belajar..

Macam mana nak elakkan diri dari kena tipu oleh penjual di China? Pasti anda tak nak kena tipu kan? Memang ada kes penipuan di website taobao ini, saya rasa bukan di website ni je.. di website seperti Mudah, Lelong, Ebay pun ada kes penipuan ni..

Sebab tu, kita kena belajar macam mana cara nak cari TRUSTED SELLER di website ecommerce ni. Dalam topik ni, anda akan belajar cara bagaimana untuk KENAL PASTI penjual yang dipercayai dan mudah untuk berurusan dengan mereka.

Ada banyak lagi topik lain yang anda akan belajar dari panduan ini..
Jadi, jika anda berminat nak tahu topik yang selebihnya, anda boleh terus ke website ini --> MUDAHNYA BORONG DARI CHINA
Jika anda seorang peniaga yang hasilkan pendapatan melalui borong barang online, apa kata anda luangkan sikit masa untuk untuk belajar cara borong barang dari China.

Mungkin anda boleh JIMATKAN kos untuk borong produk, kemudian anda boleh fokus pada kos-kos lain yang lebih penting. 

Tak faham?

Okay, saya bagi satu contoh, jika sebelum ini, anda ambil borong di pembekal tempatan.. secara purata 100 unit sebulan, bagaimana jika anda boleh dapatkan produk tersebut pada harga kurang RM1 dari pembekal sedia ada? 

Anda dah jimat RM100 sebulan!

Tetapi, bagaimana jika anda terus berurusan dengan pembekal barang tersebut terus dari China dengan perbezaan harga adakalanya mencecah RM10 lebih rendah berbanding pembekal tempatan? Berapa anda dah jimat untuk 100 unit jualan anda sebulan tadi?

Itu baru untuk 100 unit dah untuk sebulan..

Kalau lebih? Anda kira la sendiri...

Dengan cara ini, anda boleh gunakan duit lebihan untuk tingkatkan produktiviti dari segi sistem dan pengurusan bisnes anda.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.