Adakah Anda Perlu Ada Kelayakan Sebagai Cikgu Tuisyen?

Adakah Anda Perlu Ada Kelayakan Sebagai Cikgu Tuisyen

Jika anda hendak menjadi tentera perlu ada kelayakan minima yang diperlukan. Sama juga, untuk menjadi Cikgu Tuisyen yang berjaya, anda perlu ada kelayakan untuk bergelar Cikgu Tuisyen. 


5 perkara saya telah nyatakan dibawah: 

1. Minat

'Born as a teacher'. Mungkin anda pernah dengar ungkapan ini. Dimana jika kita lihat senario hari ini ada cikgu yang memang dilahirkan untuk mendidik. 

Tetapi, ada juga cikgu hari ini yang terpaksa menjadi cikgu disebabkan tiada peluang kerjaya lain. Maka inilah sebenarnya kriteria yang sama bila anda hendak menceburi dunia tuisyen. 
Satu persoalan daripada saya. Adakah anda hendak mengajar tuisyen ini sekadar untuk mendapatkan wang sampingan atau anda memang berminat untuk mengajar? 
Jawapannya ada pada diri anda.

Jika anda betul-betul berminat maka percayalah anda mampu meraih pendapatan yang lumayan dalam bidang pendidikan ini. Tetapi jika anda sekadar untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan maka anda pasti tidak akan bertahan lama dalam industri ini. 

2. Mempunyai ilmu

Ya, ini wajib ada pada diri anda. Kerana apa saya mengatakan wajib? Ini kerana anda hendak mengajarkan ilmu kepada orang lain, maka sudah tentunya anda perlu menguasai ilmu yang hendak diajarkan. 
Cuba bayangkan anda hendak mengajar adik anda untuk memasak nasi sedangkan anda tidak pernah memasak nasi sebelum ini maka sudah tentunya nasi anda mungkin menjadi bubur ataupun keras seperti beras yang asal. 
Ini bermaksud jika anda hendak mengajar sains tingkatan 3 maka anda wajiblah menguasai matapelajaran sains tersebut. Jika tidak, pasti anda akan dimalukan oleh anak murid anda dimana dia pula yang mengajar anda. 

Tapi, apa yang saya hendak katakan adalah agak mustahil anda zero pengetahuan tentang subjek yang akan anda ajar kerana sepanjang 6 tahun kita di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah belajar subjek yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Cuma apa yang berubah mungkin dari segi pengajaran. 

3. Mempunyai kemahiran mengajar

Baik, jika diatas saya menyatakan anda wajib mempunyai ilmu sebelum mengajar orang lain, kemahiran juga turut memainkan peranan ketika anda mengajar. Saya bagi contoh yang sangat senang untuk difikirkan. 
Ketika waktu anda belajar dahulu tidak kiralah sama ada ketika di sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi, dalam setiap subjek yang anda lalui siapakah guru yang anda paling minati? Atau saya boleh tanyakan soalan yang lain, dalam banyak-banyak guru yang mengajar anda sewaktu disekolah menengah dahulu, guru mana yang pengajarannya sangat membosankan? 
Seperti sebelum ini, jawapan hanya ada pada anda. 

Anda rasa apa sebabnya pengajaran guru tersebut sangat membosankan? Sudah tentu teknik penyampaiannya yang kurang berkesan. 

Walaupun ilmunya tinggi tetapi jika guru tersebut tidak mampu menarik perhatian dan semangat anak muridnya pasti akan timbul masalah suatu hari akan datang. 

Saya bagi contoh lain bagi memudahkan anda lebih faham... 

Ini citer pasal Abu...

Sewaktu Abu hendak mula menceburkan diri dalam lapangan industri tuisyen ini, beliau ada mengajak beberapa orang rakan baik untuk bersama-sama menceburi bidang tuisyen ini, yang mana mereka sewaktu sekolah dahulu merupakan penerima anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Tetapi apa yang telah diungkapkan oleh segelintir daripada mereka adalah " Eh, aku tak reti lah nak mengajar ni. Dah lama aku tinggalkan subjek SPM".

Yang lagi kelakar bila keluar ayat ini dari mulut mereka "Aku dah tak ingatlah subjek ini".

Anda cuba bayangkan sendiri, pelajar yang suatu masa dahulu pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM tetapi baru beberapa tahun ditinggalkan sudah lupa dengannya. 

Dan yang lagi malang, ilmu mereka hebat sewaktu di sekolah tetapi bila diminta untuk mengajar maka tidak tahu hendak mengajarnya. Kan janggal bunyinya itu.

4. Berani mencuba

Ok kita kaitkan dua elemen diatas, kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan sikap berani mencuba. Dalam dunia apa sekalipun kita duduk pasti sikap ini amat diperlukan. 

Saya buktikan!

Sesiapa yang baru bercadang hendak mengambil lesen kereta atau motosikal jika anda takut kereta anda mengalami kemalangan lebih baik anda lupakan hasrat anda mengambil lesen tersebut. 

Begitu juga yang masih bujang, jika anda takut untuk menerima tanggungjawab selepas berkahwin maknanya? (Aik, anda dah beri jawapannya?) 

Bagus, jadi anda telah faham apa yang saya maksudkan. Ramai lagi yang langsung tiada pengalaman dalam bidang tuisyen ini merasakan tidak yakin (atau kata lainnya takut) dengan kerjaya ini. 

Sebenarnya selagi anda belum cuba maka selagi itu pastinya anda belum tahu nikmatnya. Dan yang telah tahu nikmatnya, pasti susah untuk berhenti sebagai cikgu tuisyen.

5. Ghairah

Yang terakhir adalah Ghairah (jangan salah sangka ya). Saya bagi contoh paling senang, 
jika anda sedang lapar apa yang terjadi dengan makanan dihadapan anda? Sudah pasti licin anda kerjakannya. 

Sama juga dengan kerjaya ini, jika anda memang mempunyai semangat untuk membantu anak bangsa maka anda akan rasa bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada bakal anak murid anda. 

Anda perlu wujudkan perasaan ghairah untuk menyampaikan ilmu. 

Seseorang yang berjiwa mendidik akan merasakan perasaan ini ketika sesi pengajarannya. 

Anak murid pasti mendapat manfaat daripada guru yang mengajar dengan keghairahan mengajar ilmu.


SEMINAR BUAT DUIT DARI TUISYEN

Pernahkah anda cari jalan supaya boleh mula mengumpulkan duit daripada tuisyen secara sambilan?
Jika anda berminat nak belajar cara menjana pendapatan dari bisnes tuisyen, saya syorkan anda untuk join seminar ini --> SEMINAR TUISYEN
Dalam seminar ini nanti, anda akan diajar dengan mendalam bagaimana langkah bijak dan selamat untuk buka pusat tuisyen, cara mengajar yang berkesan dan banyak lagi!

Bisnes Tuisyen sangat sesuai jika anda seorang yang suka mengajar budak-budak sekolah. Untuk semak Masa, Tarikh dan Tempat seminar, anda boleh KLIK gambar di bawah...

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.