Teknik Utama Branding di Facebook.

Teknik pertama untuk brandingkan produk anda adalah dengan menggunakan Facebook Fan Page. Perkara utama yang anda perlu tahu ketika membina brand produk anda melalui Fan Page adalah memberi sesuatu kepada mereka yang menekan butang ‘Becoma a Fan‘.


 Anda boleh beri mereka:

  • Ebook percuma
  • Diskaun percuma
  • Komuniti percuma
  • Maklumat percuma
  • Aplikasi percuma
  • Apa sahaja yang dapat anda fikirkan.

7 tip untuk branding melalui Facebook Fan Page:

  • Fikirkan tema perbualan – Pilih sama ada Fan Page adalah berbentuk serius, jenaka, perbincangan santai, untuk remaja, untuk ibu bapa atau apa sahaja.
  • Gunakan media interaktif – Masukkan video, permainan bergambar, gambar atau apa sahaja yang boleh menghiburkan fan anda. Facebook adalah laman hiburan, jadi, bina branding anda secara santai.
  • Masukkan Function Like – Fan anda boleh tekan butang like jika mereka suka akan sesuatu di dalam Fan Page anda. Ini akan memberi satu aktiviti pada mereka.
  • Beri ganjaran pada Fan – Beri ganjaran pada fan yang sudi menyebarkan Fan Page anda.
  • Update setiap hari – Update data di dalam Fan page anda setiap hari supaya setiap hari juga Fan anda akan melawat page anda.
  • Beri peluang pada Fan anda untuk post sesuatu pada Fan page anda – Cara ini anda perlu ada seseorang untuk mengawasi Fan Page supaya isi di dalam Fan Page anda adalah bersesuaian dengan Fan Page anda.
  • Letakkan Fan Page anda dalam kategori yang betul – Perkara ini akan menjadikan Fan Page lebih targeted pada pengguna Facebook.

Fan Page adalah segala-galanya dalam pengiklanan di Facebook kerana ia adalah ibu pada pemasaran viral di Facebook. Gabungkan Facebook Ads dan Fan page. Promosikan Fan Page anda dengan menggunakan Facebook Ads.

Apabila Fan Page anda sudah cukup kredibiliti dan pertambahan ahli yang konsisten, anda sudah boleh hentikan promosi di Facebook Ads dan biarkan sahaja Fan Page tersebar secara viral dan anda boleh tumpukan pada perniagaan yang lain pula.

Facebook Group.

Satu lagi cara untuk branding di Facebook adalah melalui Facebook Group. Facebook Group sesuai untuk perbincangan serius kerana anda ada kebenaran untuk menghantar mesej terus pada inbox pengguna Facebook. Biasanya usahawan facebook akan menjadikan Facebook Group sebagai group support selepas pelanggan membeli produk mereka. Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan pembeli untuk membeli dari usahawan tersebut. Jika anda mempunyai produk yang ingin dipromosikan, kemungkinan besar ahli-ahli Facebook Group tersebut berminat untuk membeli dari anda.

Ini adalah antara teknik yang biasa digunakan oleh usahawan-usahawan facebook. Jika anda menggunakan cara branding yang betul, anda pasti akan dikenali dan ramai pengguna facebook akan menjadi pengikut anda. Semoga berjaya!


Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.