Jom Langgan Artikel Terbaru!

Kami Menghormati Privasi Anda!

Wednesday, 4 September 2013

Panduan mencipta kempen pengiklanan yang berjaya

Langkah pertama : Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi

Tentukan dengan jelas apa yang anda ingin promosikan melalui facebook Ads.  Adakah anda ingin promosi laman web anda atau emel list anda atau fanpage anda atau produk affiliate ?

Anda perlu tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan.Apabila anda tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan, anda boleh tentukan strategi yang terbaik untuk gunakan facebook Ads.

Facebook ads bukan percuma.Jadi, anda perlu ada strategi yang jelas.

Langkah kedua :  Tentukan target pengiklanan anda

Di facebook ads, anda boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan anda. Secara tidak langsung, anda boleh iklankan sesuatu pada orang yang tepat. 

Anda boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan anda berdasarkan:-

·        Lokasi, Jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.
·        Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.
·        Like dan Minat

Berdasarkan perkara yang anda ingin promosi, anda tentukan siapa yang akan lihat iklan anda.

Langkah ketiga : Anda Reka Iklan yang menarik

Sekarang, anda reka iklan yang terbaik untuk anda gunakan di facebook Ads. 

Caranya adalah:-

·        Anda tulis tajuk yang boleh perhatian untuk di klik.
·        Anda tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan supaya mereka yang ternampak iklan tersebut rasa rugi jika tidak klik iklan anda.
·        Anda gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan anda. Anda wajib upload gambar supaya iklan anda kelihatan lebih menarik.

Langkah keempat :Tentukan bajet pengiklanan anda

Di facebook anda boleh tentukan untuk guna jenis pengiklanan bersifat cost per click atau cost per impression. Cost per click bermakna anda perlu bayar setiap kali iklan anda di click manakala cost per impression bermakna anda perlu bayar setiap 1000 kali iklan anda di paparkan.

Anda bebas untuk pilih jenis iklan yang anda suka.Kemudian, anda tentukan bajet harian. Bajet harian penting untuk pastikan iklan anda tidak melepasi had yang sepatutnya.Semasa biadaan bagi harga iklan,anda bida harga yang tinggi sedikit dari harga cadangan.

Dari semasa ke semasa, anda boleh periksa harga cadangan.Jika harganya rendah, anda boleh rendahkan harga bidaan.

Langkah kelima : Review dan Perbaiki

Review prestasi pengiklanan anda dan perbaiki yang mana patut. Jika prestasi pengiklanan anda adalah teruk, anda tidak boleh biarkan sahaja. Anda perlu baiki dan gunakan kaedah lain.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: BloggerYard.Com